Salam...Hari ni saya dan 2 orang kakak saya pergi ke Masjid Tengku Mizan di Kerteh kerana terdapat ceramah yang dianjurkan oleh pihak SEMEKER dan pihak Masjid Tengku Mizan untuk melihat penceramah yang terkenal iaitu Ustaz Haji Haslin bin Baharin. Beliau memberi ceramah yang sangat hebat dan boleh menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengar ceramahnya. Beliau boleh melawak, menyanyi sambil berbicara dan boleh membuat '
magic'. Saya berasa sangat kagum akan kata-kata beliau semasa memberi ceramah pagi tadi.
Yang paling saya berasa amat menyentuh hati, beliau tak nak pun memberi ceramah di sekolah lain di Kerteh ini selain SEMEKER. Hebat jugak ya penangan SEMEKER ni. Hihihi...
Nak tengok gambarnya? Tengok di bawah ini...
Kalau korang nak tengok ceramahnya, tengok di tv9 pada waktu malam atau tengok sahaja di Youtube, pasti ada. Best...Itu sajalah yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. Sekian, wassalam...
2 Pembimbing Hidupku Duniaku:
mcm menarik.....nice2
@Fendyya benar...ceramah beliau amat menarik perhatian kami ^_^
Post a Comment